
Medan – Konsulat Jenderal Malaysia di Medan, kerjasama Mercy Malaysia dengan Diaspora Malaysia di Medan serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) telah melaksanakan Program Peduli Bencana Banjir (P2B2) siri kedua di Aceh Tamiang.
Dalam keterangan yang diterima di Medan, Kamis, Konsulat Jenderal Malaysia pemberian makanan, obat-obatan dan barang keperluan asas kepada lebih 1.000 keluarga di kawasan terdampak.
Lokasi tersebut sekira 135 kilometer (empat jam perjalanan) dari Medan yaitu Kampung Dato’ Desa Tanjung Manchang dan Dusun Alur Hitam.
Bantuan yang dibagikan turut merangkumi bekalan makanan asas, kelengkapan solat seperti sejadah dan telekung, serta barangan kebersihan diri termasuk sabun, sikat gigi dan obat gigi.
Kedatangan tim konsulat di Aceh Tamiang, disambut oleh Bupati Aceh Tamiang Armia Pahmi dalam pertemuan tersebut.
Konsul Jeneral menyampaikan salam takziah, doa, dan solidaritas rakyat Malaysia kepada seluruh warga Indonesia yang terkesan dengan tragedi ini, khususnya masyarakat Aceh Tamiang.
Bupati turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas pelaksanaan misi bantuan ini, serta menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif kemanusiaan oleh Kerajaan Malaysia.
Sewaktu misi ini, pihak Konsulat juga turut berjaya mengesan dua warga Malaysia yang terkandas di Aceh Tamiang sejak 27 November 2025, iaitu Encik Ahmad Riduan Shamsuddin dan Puan Maida Sueb.
Kedua-dua warganegara tersebut dalam keadaan yang sihat dan dimaklumkan akan pulang ke tanah air dalam masa yang terdekat.


